Popular Posts

Saturday, February 4, 2012

Cakap atau Diam?

Saban hari kita bercakap dan terus bercakap..adakala kita bercakap tanpa henti.. Hebat orang yang mampu bercakap bukan? Tapi, pernah kita teliti apa yang kita cakap? Banyak MANFAAT atau banyak MUDHARAT? Herm..ehem, ehem..adoi...habis, camne nak elak dari cakap yang membawa MUDHARAT tu?
Ni die tips dari kekasih Allah, Muhammad S.A.W.

  • Diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak bermanfaat.
    Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam."
  • Berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari.  
    Menurut sahabat Ibnu Umar,
     Rasulullah pernah berkata, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.
    " Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
      Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar.'
    Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
  • Beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
    Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.
    Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

    Yang menaip ni, dah tahu tips kan?
    Amal-amalkan lah ye...

Sharing is Caring,^_^but Not Everything

0 Ce Cite:

Post a Comment