Popular Posts

Monday, February 6, 2012

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani


Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya


Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi


Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani


Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Sharing is Caring,^_^but Not Everything

Risiko?


Lariiiiiiiiii....
Err, sejauh mana kita berlari, masa tetap menang dan kita harus tempoh jua saat itu..
Assignment tak henti2 suruh kita kerjakan dia...
Waaa...cabaran seorang pejuang menangkap ilmu.
Entah mengapa, sem ini memberi cabaran yang sangat besar buat diri ini.
Masuk kelas, mengadap lect..Ahay, tak pernah fokus la...asyik kena serangan 'withtok' a.k.a ngant0ok!!
Masalah nye, dari lect, subjek or dari diri? Errr, tak pasti...Semua kot..Ha? Ye ke?
Carilah fatwa dari hati!
Bak kata roomateku,(c pija) 'BETULKAN NIAT'...
Aku datang nak belajar kan? 
Ni lar namenya risiko belajar...
Secara amnye, risiko ialah sebarang kemungkinan yang bakal terjadi dimana ianya dapat mengancam pencapaian sesuatu tujuan dan sasaran individu. So that, sebolehnya risiko hendaklah dihapuskan dan dielakkan melalui beberapa pendekatan.
Tapi, risiko ni ada 3 kategori taw..

  • Risiko yang mesti ditanggung
  • Risiko yang diharamkan
  • Risiko yang boleh dielakkan
Kira risiko belajar ni masuk dalam kategori mane ek?? Err, lu pk la sendiri.

Tu dia, serba sedikit yang aku tahu tentang subjek risk...huu.Kan dah terselit sikit. : P

<SEMOGA ISTIQAMAH MENUNTUT ILMU>

Sharing is Caring,^_^but Not Everything

Sunday, February 5, 2012

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Sharing is Caring,^_^but Not Everything

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?: Contoh situasi: “Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,” “Astargfirullah! Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cak...
Sharing is Caring,^_^but Not Everything

Masih Ingat Pada Hari Itu??

12 Rabiulawal Tahun Gajah. Erm, ingat ke tak tarikh ni?
Ini la tarikh lahir Nabi Muhammad S.A.W...
Kalau tarikh lahir member2 yang tercinta, kita sambut bagai nak raq..
Baling tepung, baling telur, bagi hadiah, makan2,surprise gler2 punya kat member 2...
Tapi tarikh lahir kekasih Allah ni?

Tak ada orang peduli pun...
Mungkin kita tak cinta pada beliau.huh
Baginda tak pernah mintak kita ingat tarikh lahir beliau.
Sebab....
Tak ada apa2 pun pada tarikh lahir tu...
Selawat bukan pada hari lahir Baginda je..
Tapi, hari2..
Yang paling penting, jadikan baginda ikon untuk kita contohi...
Benar kan, "tak kenal, maka tak cinta"?
Kenal dulu peribadi baginda, barulah hati kita terpaut untuk mencintai baginda.. 
Selamat Mengenali Kekasih Allah...
Moga hati ini terpaut pada baginda..^_^
<SALAM MAULIDUR RASUL>


Sharing is Caring,^_^but Not Everything

Tak Kenal, Maka Tak Cinta

ntaSeringkali kita dengar "tak kenal maka tak cinta". Ya, mana mungkin kita akan cinta pada orang yang kita tak kenal kan? ye ke?? 
Herm, nak bercinta dengan Sang Pencipta juga kena berkenalan dulu. Oit, camne tu??
Allah dah ajar dah kita dalam Novel Dia (Quran).


  • Minta pada Allah tok kita kenal Dia seperti kisah pencarian Nabi Ibrahim untuk menemui Allah.
  • Tak nak Sombong2. 
  • Gemar menuntut Ilmu (melalui pembacaan, dengar ceramah, bertanya dan sebagainya)
  • Dah ada ilmu, Amalkan ilmu yang ada.
Owh...senang je tu..Senang?? Tapi nape susah nak buat??
errr..


Sharing is Caring,^_^but Not Everything

Saturday, February 4, 2012

Cakap atau Diam?

Saban hari kita bercakap dan terus bercakap..adakala kita bercakap tanpa henti.. Hebat orang yang mampu bercakap bukan? Tapi, pernah kita teliti apa yang kita cakap? Banyak MANFAAT atau banyak MUDHARAT? Herm..ehem, ehem..adoi...habis, camne nak elak dari cakap yang membawa MUDHARAT tu?
Ni die tips dari kekasih Allah, Muhammad S.A.W.

  • Diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak bermanfaat.
    Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam."
  • Berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari.  
    Menurut sahabat Ibnu Umar,
     Rasulullah pernah berkata, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.
    " Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
      Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar.'
    Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
  • Beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
    Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.
    Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

    Yang menaip ni, dah tahu tips kan?
    Amal-amalkan lah ye...

Sharing is Caring,^_^but Not Everything